twsimkad.com

Panduan Guna Tonewow

Manual Panduan Asas cara menggunakan simkad Tonewow untuk semua pengguna.



Ia menggunakan topup Digi. Topup Digi boleh dibeli dimana-mana kedai di seluruh Malaysia, termasuk di online banking.

Jangan sesekali pergi ke kedai dan minta topup Tonewow, tiada kedai yg jual topup Tonewow. Beli topup Digi sahaja.

Untuk check baki kredit dan status simkad Tonewow anda, pertama sekali anda kena install app MyWOW.

twsimkad.com

Login in menggunakan nombor IC/passport anda tanpa ada jarang atau sengkang atau dash.

twsimkad.com

Untuk check status simkad tonewow anda, klik di USAGE

twsimkad.com

Pakej-pakej yang disediakan:
Kos Nama Hi Speed Hot Spot Call Exp
RM20 WOW20 20Gb 5Gb Unlimited 20 hari
RM35 WOW35 70Gb 5Gb Unlimited 32 hari
RM50 WOW50 130Gb 10Gb Unlimited 32 hari
RM60 WOW60 225Gb 15Gb Unlimited 32 hari

Satu lagi pakej khas dipanggil Pakej Perantau Antarabangsa.

Nama Pakej:TWR
Harga: RM128
Data Internet High Speed: 30Gb
Call: 30 minit.
Tamat Tempoh 30 hari.

Cara untuk melanggan pakej2 tersebut, pastikan anda telah topup dan kredit mencukupi untuk melanggan pakej pilihan yang bersesuaian dengan penggunaan anda.

1. Masuk dalam Mywow App
2. Klik di Usage,
3. Klik Subcribe now
4. Pilih pakej yang diperlukan

atau kalau nak guna cara manual ussd,

a. Dail *128#
b. Pilih nombor 1. Tonewow plan.
c. Pilih nombor 1. Internet voice and sms plan.
d. Pilih pakej yang diperlukan.

Untuk langganan seterusnya pada bulan hadapan, pengguna tidak perlu melanggan semula kerana tonewow ada melakukan sistem auto-langganan. Anda hanya perlu memastikan yang kredit anda melebihi nilai pakej tersebut sebelum tarikh tamat tempoh.

Tetapi jika anda tidak sempat untuk topup sebelum tarikh tamat tempoh, anda hanya perlu topup selepas itu dengan nilai yg mencukupi. Tonewow akan melakukan sistem Auto-Deduct, dan secara automatik pakej internet anda akan disambung semula. Anda masih tidak perlu untuk melakukan proses langganan semula.

Sekiranya data internet anda sudah habis tetapi expiry date belum sampai lagi. Maknanya auto-subscribe (auto-langgan) masih belum berlaku. Maka anda tak boleh lah menggunakan internet lagi. Jadi untuk membolehkan anda menyambung penggunaan internet, anda boleh membeli booster tambahan.

Caranya:
1. Masuk ke dalam Mywow App.
2. Klik di Usage.
3. Klik di Booster Plan.
4. Pilih tambahan yang anda kehendaki.

atau, ada lagi satu cari, anda boleh unsubscribe pakej yang anda langgan itu, topup hp anda senilai dengan pakej yang anda kehendaki, dan langgan semula pakej tersebut. Maka anda boleh sambung menggunakan internet data anda.
👍👍😁

Sebelum anda ingin tukar pakej, pastikan yang anda tahu bahawa kesemua baki data daripada pakej sebelum ini (jika anda), semuanya terhapus.

Jika pakej sebelum ini masih belum expired lagi dan masih memiliki data internet/call yang belum habis digunakan, ia juga akan terhapus jika anda Unsubscribe pakej tersebut. Maka sangat digalakkan, sebelum menukar pakej, pastikan pakej yg sebelum ini telah pun tamat tempohnya.

1. Masuk kedalam Mywow App.
2. Klik di Usage
3. Klik di Unsubscribe.

- Anda akan menerima SMS mengatakan yang unsubscribe tersebut telah berjaya.

- Anda boleh langgan pakej yang baru selepas itu.

Atau kalau nak guna cara manual ussd,

a. Dail *128#
b. Pilih nombor 1. Tonewow plan.
c. Pilih nombor 6. Unsubscribe internet, voice and sms plan.

Pewaris/penerima duit claim insuran kemalangan sekiranya pemilik simkad meninggal dunia akibat kemalangan.

1. Masuk dalam Mywow App
2. Klik di Member
3. Klik di Profile Details
4. Klik di Update Beneficiary Info

Nilai Bantuan : Insuran Kemalangan Takaful RM30,000

Sekiranya anda mengalami kemalangan yang menyebabkan anda meninggal dunia atau pun cacat kekal, waris anda atau anda sendiri boleh memohon mendapatkan duit sebanyak RM30,000 - RM50,000 ke pihak Tonewow.

Sebagai pewaris, disebabkan insuran ini agak banyak terma dan syaratnya, saya cadangkan pewaris

1. Menalipon terus ke HQ,
2. Laporkan tentang kematian pemegang simkad Tonewow.
3. Minta mereka checkkan samada pemegang simkad layak atau tidak.
4. Jika layak, minta mereka terangkan cara2 untuk claim insuran tersebut.

TONE WOW HQ
B-G-1, Jalan 3/149E, Taman Sri Endah,
Bangunan Endah Promenade,
Bandar Baru Sri Petaling,
57000 Sri Petaling, Kuala Lumpur
Tel: +601159000969

Jika pemegang simkad Tonewow meninggal dunia, pewaris layak untuk mendapatkan wang khairat kematian yang diberikan oleh ToneGroup. Nilai bantuan tersebut diantara RM200 ke RM500

Disebabkan duit bantuan Khairat Kematian ini juga ada terma dan syaratnya, dicadangkan pewaris

1. Menalipon terus ke HQ,

2. Laporkan tentang kematian pemegang simkad Tonewow.

3. Minta mereka checkkan samada pemegang simkad layak atau tidak.

4. Jika layak, minta mereka terangkan cara2 untuk claim duit bantuan tersebut.

TONE WOW HQ
B-G-1, Jalan 3/149E, Taman Sri Endah,
Bangunan Endah Promenade,
Bandar Baru Sri Petaling,
57000 Sri Petaling, Kuala Lumpur
Tel: +601159000969


1. Anda boleh berkunjung kemana2 kiosk Digi dan dapatkan simkad ganti disitu. Atau,

2. Anda boleh hubungi HQ untuk dapatkan simkad ganti.

Disebabkan terdapat berbagai terma dan syarat untuk mendapatkan semula nombor yang telah expired, sila hubungi HQ dengan segera supaya mereka dapat membantu anda untuk memeriksa sama ada nombor tersebut boleh diselamatkan atau tidak.

Jika masih boleh, mereka akan memberitahu langkah2 seterusnya.

TONE WOW HQ
B-G-1, Jalan 3/149E, Taman Sri Endah,
Bangunan Endah Promenade,
Bandar Baru Sri Petaling,
57000 Sri Petaling, Kuala Lumpur
Tel: +601159000969

atau hubungi wasap HQ di: